Pelik Tapi Benar Gadis Cantik Ini Mampu Tidur Selama 59 Hari


Penyakit aneh yang dialami seorang wanita berusia 23 tahun sangat pelik dan jarang terjadi.Dailymail melaporkan mangsa yang dikenali sebagai Imaarl Duprey tidur selama 59 hari disebabkan sindrom �Sleeping Beauty� yang dialaminya.

Meskipun menghidap sindrom yang hanya melanda 1,000 orang di dunia ini, namun Imaarl berjaya memperolehi ijazah dalam bidang psikologi di Universiti Goldsmiths. Imaarl, hanya bangun untuk makan, minum dan ke bilik air ketika dikejutkan oleh anggota keluarganya dan ketika itu dia umpama bermimpi.

�Ia memberikan kesan yang besar kepada keluarga saya. Ketika mula-mula menghidap sindrom ini, saya terpaksa dipantau oleh ibu saya, Kerry Griffiths dan adik, Shahnequa Duprey,� katanya.
Imaarls mula mengalami sindrom tersebut pada 2008 apabila dia tidur selama 10 hari ketika berusia 18 tahun. Setahun selepas itu, kejadian sama berlaku ketika dia bercuti bersama rakan-rakannya.
Imaarl kemudiannya mendapat rawatan doktor dan dia hanya disahkan menghidap penyakit itu selepas setahun. Ibunya, Kerry pula berkata, keadaan akan menjadi lebih mudah jika anaknya hanya tidur namun masalahnya dia akan bertukar menjadi individu yang berbeza ketika dikejutkan.

�Apabila saya kejutkannya untuk ke tandas atau makan, dia berubah menjadi seperti kanak-kanak dan keadaan ini memberikan tekanan,�� katanya.

Kebanyakan penghidap sindrom ini adalah lelaki dan rawatan utama ialah pemerhatian khas daripada anggota keluarga. Tiada ubat yang dapat mengubati penyakit aneh ini.

0 Response to "Pelik Tapi Benar Gadis Cantik Ini Mampu Tidur Selama 59 Hari "

Post a Comment