KUIH BEKANG
BAHAN UNTUK KUIH BEKANG
1kg tepung beras
air 1 � liter
4 biji telur ayam
BAHAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN.
1kg ikan kembung@selayang
1 biji kelapa parut
300g bawang merah
2 inci halia
BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG.
1 biji kelapa (santan)
1 cawan tepung beras
10 ulas bawang merah (dimayang)
1 sudu halba
� inci halia (dihiris halus)
garam secukup rasa
BAHAN UNTUK KUAH MANIS (seperti dalam gambar)
1 cawan tepung beras
4 keping gula melaka(kecil)
2 cawan air
Cara buat:
1) cara - cara membuat kuih bekang:
tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu.
2) cara memasak sambal ikan:
ikan direbus dan ambil isi sahaja.
Kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.
3) cara membuat kuahlemak:
bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat.
masukkan garam secukup rasa.
4) cara - cara membuat kuah manis.
tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.
0 Response to "KUIH BEKANG "
Post a Comment