Kemasukan 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Diteruskan Kerana Rakyat Malaysia Memilih Kerja
PUTRAJAYA: Kerana tabiat rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerja di mana tidak berminat bekerja dalam sektor ‘3D’ – ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’, kerajaan terpaksa meneruskan rancangan membawa masuk pekerja asing termasuk Banglasdesh
Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,"kerana setiap industri dan perniagaan sentiasa dan perlu berjalan maka kita harus mencari alternatif dengan membawa pekerja asing daripada luar negara."
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali di sini hari ini.
Dalam pertemuan tersebut isu pekerja Bangladesh menjadi topik utama perbincangan dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu.
Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah mengumumkan akan membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun bagi memenuhi permintaan majikan dalam perlbagai sektor pekerjaan seperti perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.
Selain itu perbincangan turut menyentuh berkaitan mencegah kematian di kalangan warga Bangladesh yang cuba menceroboh negara ini secara haram bagi mengelak dianiaya orang tengah atau majikan.
“Mereka ini dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudahan tempat tinggal dan perubatan,” katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.
sumber:siakapkeli.my
0 Response to "Kemasukan 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Diteruskan Kerana Rakyat Malaysia Memilih Kerja"
Post a Comment