Lepasan Siswazah Ini Kongsi Bagaimana Dia Miliki 3 Buah Rumah, Baru Bekerja 16 Bulan Dengan Gaji RM2,400 [ GAMBAR ]
Selalu orang mesti terfikir bagaimananya untuk memiliki rumah sendiri terutama bagi mereka yang baru bekerja dan sudah pasti itu adalah impian bagi setiap orang.
Namun kita tahu ia bukanlah semudah pergi ke kedai membei barang di mana jika kita masih tidak mempunyai apa-apa dengan kos sara hidup dan kos perumahan yang semakin meningkat.
Tetapi tahukah anda bahawa seorang pemuda atau lepasan siswazah,Muhamad Iqbal Hafifi yang baru bekerja 16 bulan ini sudah memiliki tiga buah rumah.
Gaji pemuda ini hanya RM2,400 sahaja dan bagaimana beliau mempu untuk memiliki tiga buah rumah dalam masa sesingkat itu.
Beliau telah berkongsikan rahsia tersebut di laman Facebook miliknya. Berikut adalah tulisannya:
1 tahun 4 bulan, 3 biji rumah.
Assalamualaikum.
Mintak maaf tak sempat nak reply satu satu PM yang diterima.
Disebabkan ramai yang tanya macam mana cara saya beli 3 biji rumah selepas 1 tahun 4 bulan bekerja, jadi saya kongsikan secara umum sahaja di sini.
Gaji basic : RM2,400
Mula kerja : Februari 2014 (Fresh graduate)
Part time: Sublet 1 unit Cashflow (RM200)
Bilik Sewa free sebab duduk sekali dengan rumah sublet
Asset : 15g gold bar (kumpul masa student)
Cash : RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan)
Rumah pertama (Jun 2014):
Apartment Harmoni, Damansara Damai (Tingkat 4)
Selling Price : RM55,000
Bank Value : RM65,000
Deposit : RM5,500
Cara kumpul Deposit : net gaji dalam RM2,100, saving RM1,200 (Nampak macam banyak, try first)… Balance RM900 (RM500 parent, balance RM400 untuk makan minum, minyak motor, dll), hidup bujang masa terbaik untuk saving.
RM400 : seminggu RM100 (pandai2 la pusing duit untuk makan, topup, minyak motor)
Tips : Saving, cuba hidup miskin untuk 3 bulan. Insya Allah hidup lagi.
RM200 duit dari sublet guna sebagai emergency plan, tak cukup lagi, pajakkan 15 gold bar dekat Ar-Rahnu.
Saving : RM1,200 x 4 bulan (Februari – Mei)= RM4,800
Total cash : RM4,800 + RM1,000 = RM5,800
Cukup dah bayar deposit 10%
Rumah Kedua (Januari 2015):
Apartment Mesahill@Nilai (Underconstruction)
Price : RM169,000++
Loan 100%. (10% discount by developer)
Refundable booking RM3,000
Cara kumpul deposit sama je macam rumah pertama, ulang setiap bulan.
Rumah Ketiga (Jun 2015):
Apartment Kenanga, Putra Perdana, Puchong
Price : Rm118,000
Bank Value : RM155,000
Loan 70% : RM108,500
Deposit : RM11,800
Cara Kumpul deposit: Cash dari rumah pertama RM9,000 , balance lagi RM2,000 tu kumpul setiap bulan macam biasa.
Setiap rumah ada cerita dan caranya sendiri, panjang untuk diceritakan di sini. Kalau ada yang nak tahu lebih detail, Insya Allah saya boleh kongsikan masa akan datang.
Setiap orang ada objektif dan strateginya sendiri dalam beli rumah (Flipping, rental income, appreciation dll).
Setiap langkah seperti cantikkan bank statement, cara kira DSR, cara untuk lepas loan, cari rumah below market value dan pemilihan rumah semuanya perlukan ilmu. Boleh join seminar atau beli buku.
Cara saya, pergi MPH atau Popular, lepak sejam setiap minggu, cari buku pasal property, dapat ilmu free.
Sumber:siakapkeli.my
0 Response to "Lepasan Siswazah Ini Kongsi Bagaimana Dia Miliki 3 Buah Rumah, Baru Bekerja 16 Bulan Dengan Gaji RM2,400 [ GAMBAR ]"
Post a Comment