Tuan-Tuan Nak BR1M Lagi ke Tidak? Kalau Tidak Saya Batalkan BR1M, Ada Cara Lain ke Lebih Baik?- Usik Najib Razak



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan nada mengusik berkata sekiranya rakyat tidak memerlukan BR1M, beliau boleh menarik semula bantuan terbabit.

"Tuan-Tuan Nak BR1M Lagi ke Tidak? Kalau Tidak Saya Batalkan BR1M, Ada Cara Lain ke Lebih Baik?," katanya ketika berucap di mesyuarat agung Umno Pasir Gudang pada hari ini memetik laporan Malaysiakini.

"Kami masih mahu", kedengaran beberapa suara jawapan dari kalangan perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Kenyataan itu dilontarkan oleh Najib Razak dengan nada yang menyindir pengkritik kerajaan.

Najib juga berkata ada pihak yang tidak menyukai bentuk bantuan yang diberikan olehnya itu kepada rakyat. Tambahnya pada zaman sebelumnya, kerajaan membantu rakyat dengan membina kemudahan awam seperti jalan raya.

"Tetapi pada zaman saya, dapur rakyat pun kita bantu," katanya dalam laporan terbabit.

Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah mengkritik hebat pemberian BR1M oleh Najib Razak dengan menyifatkan bantuan itu seolah-olah sebagai rasuah dan membeli undi.

sumber:siakapkeli.my

0 Response to "Tuan-Tuan Nak BR1M Lagi ke Tidak? Kalau Tidak Saya Batalkan BR1M, Ada Cara Lain ke Lebih Baik?- Usik Najib Razak"

Post a Comment