Lelaki Pecah Rekod Dunia, Tunggang Jetski Dari Finland Ke Benua Afrika [ GAMBAR ]


Hanya dari satu pertanyaan daripadanya anaknya yang masih kecil, "adakah mampu orang berjetski dari Finland ke Afrika." dan semua orang tahu ianya adalah sesuatu yang agak mencabar dan mungkin tiada orang berani.

Bagaimanapun bapa berkenaan Risto Piispa, 33, cuba membuktikan kepada anaknya itu dengan telah membuat pngembaraan dari Finland ke Ceuta, Maghribi yang terletak di benua Afrika.

Ia bukan sekadar membuktikan kepada anaknya itu trtapi perasaan cuba ingin mencabar diri sendiri juga mendorong beliau berbuat demikian.

Beliau telah menghabiskan pengembaraannya selama 40 hari untuk melakukan pengembaraan epik berkenaan menaiki jetski dan lebih manis perjalanan itu diiktiraf pihakguinness world records.




Beliau yang menggunakan jetski i Sea-Doo RXT 260 miliknya itu menjelajah sejauh 1,910 batu berkenaan.

Disamping untuk mencuba dan memecaha rekod dunia itu, beliau sebenarnya berusaha untuk mengumpul dana yang akan diberikan kepada sebuah hospital kanak-kanak di Helsinki.

Risto telah disahkan menghidap tumor otak ketika berusia 28 tahun dan ini membari inspirasi kepadanya untuk mengembara atau melakukan perkara mencabar seperti ini.

Kerana menghidapi penyakit berkenaan beliau diberi masa oleh doktor untuk hidup sekurang-kurangnya 7 tahun lagi masa untukknya hidup. Sebelum beliau pergi untuk selamanya beliau cuba melakukan sesuatu yang diimpikan tersebut. 


sumber:siakapkeli.my

0 Response to "Lelaki Pecah Rekod Dunia, Tunggang Jetski Dari Finland Ke Benua Afrika [ GAMBAR ]"

Post a Comment