Gambar Hiasan sumber dari blog mazidulakmal
Sedang saya lepak sambil menatap buku n FB di sebuah restoran di Shah Alam, datang seorang lelaki buta bersama dengan seorang perempuan pengiring kepada lelaki tersebut dengan menghulur tisu ke setiap pelanggan di restoran tersebut.
Apabila sampai lelaki buta bersama perempuan terbabit di satu meja, seorang lelaki bersama 2 rakannya kelihatan seperti mereka terasa terganggu. Salah seorang dari mereka kata dengan suara yang agak kuat, "aku tak nak bagi, sebab korang sindiket".
Saya tidak selesa dengan cara lelaki terbabit. Saya terus bangun dan menuju ke meja terbabit. Setelah memberi salam, saya pun cakap, "tak baik kita kata macam tu. Mereka bukan sindiket, sebaliknya itu memang kadar kemampuan mereka untuk mencari sesuap nasi"
Saya pun menjelaskan bahawa si celik yang bawa si buta tu, selalunya orang Indonesia yang mahu mencari gaji tambahan. Mereka berpakat dengan si buta untuk memudahkan si buta menjual tisu ekoran terbatas kemampuan si buta untuk berjalan. Hasil kutipan, akan dibahagikan sesama mereka atas persetujuan bersama.
Lelaki terbabit meminta maaf kepada saya sbb tidak tahu keadaan sebenar. Saya nyatakan, dia tak bersalah dengan saya, tetapi bersalah dengan si buta tadi.
Cuba bayangkan, si buta hanya mahukan seringgit dua dengan menjual tisu pun di marah dan benci, tp amat ajaib, apabila ada lagi orang Malaysia yang boleh tak rasa marah pada pemimpin negara yang mewah dan kaya, tp masih lagi menerima derma sebanyak 2.6 bilion dalam keadaan yang amat tidak munasabah?
Sumber Cerita asal dari fb Ustaz Wanji Wanhussin Wanji
*Tajuk Post bukan dari sumber asal
*Tajuk Post bukan dari sumber asal
0 Response to "Kisah Si Buta Penjual Tisu dan Derma 2.6 Billion"
Post a Comment